Friday, September 25, 2009

LAPORAN PERNIAGAAN

KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM

LAPORAN PROJEK PERNIAGAAN
KALI KE 2
NAMA:MUHAMMAD ZULFADHLI BIN BACHOK
NO IC: 900713-08-5117
TEMPAT:KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM
JUALAN:KEROPOK DAN KURMA
NAMA PENSYARAH : EN. ILYASAK B. AHMAD
SUBJEK : KEUSAHAWANAN (MGT 2223)
TARIKH:17.09.2009


………………………………………………



LAPORAN TENTANG PERNIAGAAN

Pada masa ini perjalanan perniagaan saya agak memuaskan dan mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan daripada pelanggan-pelanggan saya.Kebanyakkan pelanggan saya terdiri daripada pelajar-pelajar kolej dan penghuni asrama panchor.Seperti yang diharapkan, setiap jualan yang dilakukan telah memberi kesan yang positif daripada para pelanggan.

Setakat ini saya dan salah seorang rakan kongsi saya telah menjalankan perniagaan menjual keropok bungkus dengan harga RM0.50 setiap satu bungkus dan buah kurma berharga RM0.50 setiap satu paket.Pada awalnya saya telah menetapkan harga sebungkus keropok berharga RM0.30, namun atas nasihat rakan kongsi, saya telah menukarkanya kepada RM0.50 berikutan kenaikan harga sesuatu barang yang kami perolehi.

Selain dari membuat jualan keropok dan kurma, saya juga telah mencuba satu lagi perniagaan iaitu dengan menjual barang-barang lama seperti baju, kasut, dan seluar-seluar yang tidak saya guna namun ianya tidak mendapat sambutan dan telah membuatkan saya memberhentikan perniagaan tersebut.






LAPORAN PERJALANAN PERNIAGAAN SAYA

SASARAN PASARAN

-Buat pada masa ini sasaran pasaran saya adalah di kolej kediaman pelajar seri panchor dan kolej kediaman pelajar tanjung chat.
-Dan dalam masa terdekat ini saya akan berusaha untuk memasarkan jualan saya di setiap rumah sewa yang saya kenali dan dibantu oleh rakan rumah sewa yang terdekat.
-Dan dengan ini dapat memberikan peluang kepada saya untuk melebarkan sayap dengan meluas terhadap perniagaan yang saya ceburi dan insyaALLAH akan meneruskannya sehingga tamat pengajian.












MASALAH PERNIAGAAN
-Beberapa masaalah yang telah saya hadapi dalam perniagaan kami ini antaranya adalah:
i)Tidak mempunyai barang dagangan yang mencukupi.
ii)Penjualan yang tidak seimbang dari segi masa dan hari.
iii)Perniagaan sering terhenti akibat masalah yang tidak dapat dielakkan.
-Walaupun terdapat pelbagai masalah namun tidak mustahil untuk saya memberhentikan perniagaan saya kerana saya yakin ini adalah rintangan dan risiko yang perlu saya hadapi dalam dunia perniagaan, tanpa risiko sesuatu perniagaan tidak akan menjadi begitu lengkap kerana dengan risiko yang membuatkan kita lebih berani untuk mara kehadapan.










RANCANGAN PERNIAGAAN
-Buat masa terdekat ini saya akan mencari perniagaan yang boleh membantu perniagaan saya yang sedia ada dan dapat memajukan lagi perniagaan saya.
-saya akan mempelbagaikan lagi bahan perniagaan saya untuk masa ini dan masa depan .saya akan selalu mencari peluang untuk berniaga contohnya hari terbuka,dan sebagainya.
-saya akan mencari rakan perkongsi yang baru yang sangup berkongsi dengan saya,dan seorang yang dipercayai,mudah dibawa untuk berbincang,dan mudah untuk mencari pelangan baru, agar dapat memberikan hasil yang lumayan terhadap perniagaan yang dijalankan.
-saya akan terus memastikan perniagaan saya terus maju dan akan mendapat keuntungan dan mendapat banyak pelangan yang baru.












KESIMPULAN

Perniagaan yang saya jalankan ini adalah sebagai satu percubaan untuk saya melangkah lebih jauh lagi di dalam dunia perniagaan yang saya ceburi.Ini adalah kerana saya ingin belajar dari asas-asas perniagaan kepada yang lebih dalam lagi di dalam ilmu yang saya pelajari.Walaupun masih baru namun saya masih tidak putus asa sekiranya masih ada kelemahan dalam diri ini.Sebagai seorang pelajar yang mengambil aliran perniagaan, saya seharusnya berani mengambil risiko yang bakal saya hadapi kelak, justeru itu saya amat berharap agar segala kesalahan dan masalah yang dihadapi dalam perniagaan yang saya lakukan ini tidak mematahkan semangat saya malahan mendapat iktibar agar saya lebih berani untuk mara kehadapan.Selain itu, dengan hasil perniagaan saya ini dapatlah saya mengurangkan beban ahli keluarga yang sering mengirim wang kepada saya.Dengan perniagaan ini dapatlah saya menimba sedikit sebanyak pengalaman yang akan saya praktikkan pada bila-bila masa sahaja apabila ingin membuka sesuatu perniagaan.Diharap perniagaan yang saya lakukan ini diredhai dan diberkati oleh ALLAH serta mendapat rahmat dan limpahan rezeki darinya.












KUANTITI SETIAP JENIS JUALAN

1 comment:

  1. hai, sy pun pelajar Kolej Teknologi DarulNaim. Laporan awak ni mcm tk brp lengkap je

    ReplyDelete