Tuesday, August 25, 2009

ikrar saya

Assalamualikum saya ucapkan kepada pensyarah saya yang tersayang...pada ramadhan yang mulia ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia...mudah-mudahan segala kerja dan program yang akan dilaksanakan...diharap cik ilyasak dapat memberi yang terbaik kepada kursus kami.....dan dengan ini saya berjanji akan mendapatkan result yang terbaik dalam semua subjek termasuk subjek keusahawanan......insyaALAH saya akan menjadi usahawan yang berjaya dan adil......

Monday, August 24, 2009

kajian kes

Tugasan 2(kajian kes)
Soalan

1.Adakah sofiah menunjukkan ciri-ciri seorang usahawan?Apakah alasan anda?

-Ya,sofiah menunjukkan ciri-ciri sebagai usahawan,kerana beliau sanggup meminjam wang kepada bapa saudaranya walaupun diberikan faedah sebanyak 9%.Dan Sofiah juga berfikir secara rasional untuk mencari jalan dan strategi dalam menubuhkan perniagaan dan beliau mempunyai ciri-ciri usahawan seperti kretif,inovatif,berfikir jauh ke hadapan,mempunyai niat yang betul dan keingian yang tinggi untuk berjaya.

2.Bagaimanakah cara untuk menasihati Sofiah berkenaan dengan peluang perniagaan?

-Sofiah hendaklah merujuk atau mengikuti program-program yang ditawarkan seperti kursus,motivasi,dan bengkel-bengkel keusahawanan agar beliau dapat mempertingkatkan lagi perniagaan.

3.Adakah anda fikir ia akan berjaya?

-jika sofiah mengekalkan ciri-ciri usahawan yang ada pada dirinya pasti beliau berjaya dan dengan usaha yang lebih tidak mustahil beliau gagal

Saturday, August 22, 2009

* Definisi usahawan.

definisi keusahawanan merupakan kombinasi pelbagai idea, kerja keras dan penyelarasan terhadap perubahanan pasaran bisnes. Ia juga menggambarkan memenuhi permintaan pasaran dan pengurusan.

Secara ringkasnya, seorang usahawan adalah individu – lelaki atau wanita – yang boleh mengambil idea kepada inovasi dan sebagai produk deripada latar belakang social dan ekonomi mereka, dan juga berupaya mengeluarkannya terhadap permintaan daripada umum, kerajaan atau malahan pihak ketenteraan.

Mereka memiliki kebolehan untuk mengatur ramai orang dan banyak tugas pada satu masa yang diberikan. Mereka seorang yang suka mencipta, boleh mengatur sumber-sumber, boleh mengatur orang lain, boleh menguruskan masa, keperluan, kehendak, wang orang lain dan lain-lain lagi, boleh mengambil peluang yang ada sedangkan orang lain tidak, boleh menerima tahap risiko tertentu, pengambil risiko dan kurang mengalah disebabkan penentangan pendapat daripada orang lain terhadap idea inovatif mereka.